I wish i could~ :(
Penuaian Jiwa Borneo 2017 (Part 1)
Shalom! Damai sejahtera buat saudara-saudari yang dikasihi dalam nama Yesus Kristus. Dalam blog ini saya akan menceritakan kesaksian saya sepanjang menghadiri ibadah Penuaian Jiwa Borneo di Penampang sejak 2 hari yang lalu. Saya tergerak hati untuk mengikut ibadah ini pada kali pertama ia diberitakan. Saya sudah pasang niat awal-awal dan bersiap untuk pergi. Sebenarnya saya teringin sekali pergi kerana pengkhotbahnya bukan calang-calang orang. Ps. Philip Mantofa, siapa yang tidak kenal? Beliau merupakan seorang hamba Tuhan yang benar-benar diurapi dan dipakai. Pada waktu itu, saya benar-benar mempunyai kehausan dan kerinduan. Saya teringin sekali mendapatkan ketenangan jiwa (saya akan ceritakan sebentar lagi nanti). Oleh itu, saya berfikir dan 'set' terus dalam hati saya bahawa saya tetap akan ke Penampang walau apapun yang akan terjadi. Hari berganti hari, dan waktu semakin dekat...
Comments
Post a Comment