Penuaian Jiwa Borneo 2017 (Part2)

.....continue Shalom! Ini merupakan kesaksian part 2 yang sudah saya janjikan di part 1. Pada hari Sabtu pagi, kami bergerak dari homestay ke Jabez Cafe untuk menyertai fellowship Gerakkan Bacaan Alkitab (GBA) bersama host yang datang khas dari Jakarta. Event ini juga menjadi berkat buat diri saya secara tidak langsung. Awalnya saya bercadang untuk pergi bersama mereka tetapi tidak menyertai fellowship ini kerana saya bukan peserta. Tapi, saya tergerak hati mengikuti fellowship ini. Saya mempunyai rasa 'curious' di dalam hati saya. Untuk anda yang tertanya apa itu GBA, GBA ini merupakan sebuah komuniti di mana peserta-peserta dari Indonesia dan Malaysia bersama membaca alkitab. Satu hari membaca 5 fasal. Lepas dibaca harus dilaporkan kepada host yang membimbing. Ini sangat baik untuk mendisiplinkan diri untuk merenung firman Tuhan. Tanpa dirancang, saya dipanggil dan diberikan pelayanan. Praise & Worship Team Dkns. Sabrina (kiri), Dkn. Rooth (tengah), Saya (k...